Home » , , » Hidup Sihat Tanpa Ubat

Hidup Sihat Tanpa Ubat

Written By Unknown on Thursday, November 6, 2014 | 8:36 PM

Ubat adalah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi biokimia dalam tubuh seseorang untuk menghapuskan simptom-simptom penyakit yang dialami. Tubuh badan kita bertindak sebagai kilang yang sangat kompleks yang mempunyai pelbagai fungsi bukan sahaja secara fizikal, contohnya seperti sistem saluran darah yang membawa alirannya keseluruh tubuh badan, bagaimana sistem saraf-saraf kita yang berkomunikasi diantara satu sama lain dimana ubat itu berfungi untuk "shut down" atau ubah signal kesakitan kita yang membawa signal tersebut ke otak dan membuatkan kita tidak merasa sebarang kesakitan. Ubat juga dikenali sebagai benda asing di dalam tubuh badan kita dan pengambilan ubat tersebut akan memberi kesan yang sama pada sesiapa sahaja tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja atau orang dewasa dan orang tua mengikut dos-dos yang ditetapkan. Kesan pengambilan ubat yang berlebihan atau disalahgunakan akan menyebabkan kematian. Ia juga hanya bertindak untuk mengurangkan simptom sakit dan tidak merawat punca sakit tersebut.

Keperluan pada ubat  

- Hanya merawat apabila mempunyai simptom penyakit
- kebanyakkan rawatan sudah terlambat kerana :-
  - tiada simptom yang ditunjukkan sehingga keperingkat terakhir seperti kanser
  - kelihatan sihat tetapi menghidapi penyakit berbahaya seperti jantung, strok yang apabila
    menyerang akan mengubah hidup dalam sekelip mata sahaja.   


       
Kenali Suplemen

Suplemen adalah Nutrisi yang diperlukan oleh tubuh bagi membina sel, tisu, enzim serta tindakan biokimia tubuh. Pemakanan harian kita tidak cukup untuk menghasilkan nutrisi. Suplemen memang terbukti selamat dan tidak berbahaya kepada kita kerana ia adalah sebahagian dari kita yang mempunyai nutrisi-nutrisi yang diperlukan untuk merawat punca penyakit dan mencegah penyakit dari akar umbi.

Kenapa perlu Suplemen?

Suplemen perlu kerana ramai diantara kita menghidap penyakit denegeratif yang berpunca dari kekurangan nutrisi pada tubuh seseorang. Kurang nutrisi bukan bermaksud kita kurang makan tetapi terlebih makan tetapi kurang bekalan nutrisi seperti makan nasi lemak...pengambilan nasi itu ada karbohidrat ada protien pada telur tapi dimana vitaminnya? adakah pada timun yang sepotong itu??...tidak cukup kan...oleh itu, tubuh kita memerlukan suplemen untuk menambah nutrisi yang diperlukan supaya tidak nampak tua sebelum usianya kerana nutrisi yang mencukupi akan bertindak menghasilkan sel-sel lama kepada sel-sel baru.

Pemakanan kita hari ini seperti buah-buahan tidak sama lagi dengan buah-buahan pada 30 @ 100 tahun yang lepas kerana sudah kurang nutrisi. Kebanyakkan buah-buahan hari ini adalah GMO yang dipetik sebelum waktunya dan diperam supaya masak. Secara tidak langsung buah-buahan itu terputus hubungan semulajadinya dengan daun, pokok dan proses-proses semulajadi yang sepatutnya. Banyak lagi punca buah-buahan atau sayur-sayuran sekarang sudah kurang nutrisi seperti semasa proses pengangkutan, penyimpanan dimana apabila sayur-sayuran atau buah-buahan yang disimpan terlalu lama setelah dipetik akan perlahan-lahan kehilangan nutrisinya.  

Kesimpulannya

Ubat
- Menghilangkan simpton sakit
- Diambil ketika sakit
- Mengandungi Dadah supaya bertindak dengan cepat

Suplemen
- Merawat punca penyakit
- Diambil bila-bila masa dan selamat
- Tidak mengandungi dadah dan bahan kimia sebaliknya terdiri dari mineral, vitamin dan asid amino serta kebaikkan dari tumbuhan





0 comments:

Post a Comment