Home » , , , » Betul atau Kebetulan - Kesan Pil Perancang

Betul atau Kebetulan - Kesan Pil Perancang

Written By Unknown on Thursday, November 20, 2014 | 5:52 AM

Hah ni yang nak bagi tahu ni..betul atau kebetulan...apa yang betul dan apa yang kebetulan tu.....

Meh nak citer sikit pengalaman sendiri ambil pil perancang ni. Bermula selepas melahirkan anak pertama tahun 2002 kerana fobia semasa bersalin saya bernekad untuk tidak mengandung lagi bagi tempoh masa yang terdekat jadi saya ambil keputusan untuk ambil pil perancang ni..senangkan. Masa tu saya memang surirumah sepenuh masa dan baby memang fully breastfeed masa tu..setahun bersama pil "N"  yang memang khas untuk ibu yang breastfeedkan baby....mula-mula memang tak mendatangkan masalah bagi saya period ok konsisten cuma berat badan naik selepas setahun dengan pil "N" ni.




sebelah kanan tu gambar semasa amalkan pil perancang sebelah kiri tu saya dah free dari pil perancang amalkan pemakanan suplemen untuk menganti & menambah nutrisi-nutrisi yang hilang semasa pengambilan pil perancang.......


Tahun 2004 teringin pulak nak baby lagi saya pun stop la amik pil perancang usaha punya usaha tak kena-kena beb...huh letih try...hehehe...setahun dah berlalu kami masih hampa last sekali ikhtiar mengurut pulak lepas sebulan perghhh 2 line la beb Alhamdulillah....eh betul ke kebetulan? kesan pil perancang ke? eh lepas 1 tahun lebih baru leh dapat 2 line.....ok la malas nak pikir excited kan dapat baby lagi boy pulak tu sepasang dah i dapat u...ok la tu...hampir due oohh tidak kena czer la pulak baby songsang...ok la redha je la orang cakap czer ni senang tak sakit ok la just on je la sebab before dah rasa natural giftbirth kan....apa!!! dup dap dup kat bilik operation giler ko...bius yang diberikan tak jalan beb bius yang biasa dah habis stok jadi diaorang wat experiment kat aku main try bius yang lain...perghhh...sakit beb....hah bab tu kita citer nanti la tunggu entry akan datang yer....

Oohh disebabkan fobia lagi aku terus ambil pil perancang "MC" pulak sebab masalah kegemukan dan kulit muka yang berjerawat...penuh hitam-hitam pulak tu kat muka tanya doktor dia suggest pil tu la kan disebabkan katanya pil tu boleh menurunkan berat badan dan kulit jadi cantik...ok ikut je sebab doktor yang cakap kan...3 tahun makin lama asyik sakit kepala cek katanya migraine..ok tahan lagi masuk tahun ke 4 sakit kepala yang melampau...jap nak bagitau dulu saya memang tak ada masalah kesihatan sebelum ni ok tak de apa2 penyakit pun....ok sambung balik dah tak tahan sakit jumpa doktor so doktor cakap tekanan darah tinggi ntah berapa tinggi tak ingat masa tu tapi doktor bagi ubat untuk 1 bulan...ok layan ubat je la kan..terpikir jugak kan adakah ini kesan pil perancang tu...ok saya stop pil try yang jenis injection la pulak...ok so far sakit kepala berkurangan tapi masalah lain pulak timbul period tak datang-datang 1 tahun risau gak patut wanita kalau normal mesti ada period kan..ini tak de langsung ok ada sesuatu yang tak betul so stop la ambil injection tu...

Satu hari tu aku pun duduk citer berbincang dengan husband tentang masalah ni mula-mula memang husband cakap leceh la apa la..ada je la alasan kan..tapi demi kesihatan saya kita sama-sama bekerjasama buat keputusan untuk merancang sendiri...

Teruk ke sangat saya masa amik pil perancang tu?...ia memang teruk sangat badan saya lemah sakit masa tu ditambah tekanan darah tinggi masa tu mencecah 170/110 hampir kena strok dan pembuluh darah saya hampir pecah...teruk sampai tak boleh bernafas muntah dan muntah degup jantung laju tangan badan sejuk peluh mencurah....tak sanggup rasa nak hadap masa tu...sebelum ni pun ada sahabat berpesan "kenapa kau nak bodohkan diri makan pil-pil perancang tu...bincang ngn husband kau sebab masalah ni bukan kau sorang je yang nak kena protect makan ubat bagai yang efek sakit kau husband tak ada apa...perkara ini kena bincang & harus ada kerjasama berdua bukan berseorangan...nanti yang sakit kita yang seronok sapa?? nak cam tu ke??"...macam tu la ayat dia tapi saya masih tak pedulikan bila dah kena betul-betul baru nak terpikir kata-kata dia tu ada betulnya....

Sekarang hampir 3 tahun saya bebas pil perancang...Alhamdulillah happy sangat badan tak lemah, lemau sakit mcm dulu....tekanan darah slowly recover seronok sangat....merancang sendiri tanpa sebarang alat pun Alhamdulillah setakat ni berjaya...seronok...
***matlamat sekarang nak kurangkan berat badan dan amalkan gaya hidup yang sihat....

Harap pengalaman saya ini sedikit sebanyak membuat korang berfikir sejenak betul ke kebetulan???...saya cuma ceritakan pengalaman sendiri dan banyak jugak cerita sedih dari kawan-kawan dan keluarga terdekat yang turut merasa kesan pil perancang...semuanya terpulang pada anda.....badan dan diri anda milik anda buruk baik anda yang tentukan jalan mana harus dipilih. Pilihan dekat tangan anda bukan saya...tepuk dada tanya selera...:)

0 comments:

Post a Comment