Home » , , , , , , , » 1001 Pengalaman Seorang Ibu Buat Pertama Kali - Part 1

1001 Pengalaman Seorang Ibu Buat Pertama Kali - Part 1

Written By Unknown on Thursday, December 4, 2014 | 5:31 AM

~ Nuraisyah~
Menjadi seorang ibu diusia muda bukanlah satu perkara yang mudah ditambah pula tanpa bimbingan dari ibu. Walaupun ibu saya tidak berada disamping saya ketika itu tapi saya tetap beruntung sangat ada ibu mertua yang begitu prihatin terhadap menantunya. Walaupun sekarang beliau telah pergi meninggalkan kami semua dan tak akan kembali lagi setiap pengorbanan dan jasa baiknya tetap dikenang sampai bila-bila. Alfatihah buat arwah ibu mertuaku Asiah Binti Mat.

2 bulan selepas sahaja berkahwin saya disahkan hamil. Seronok memang tak terkata la kan syukur sangat masuk bulan ke 2 ohhh memang terasala kan pengalaman yang terindah waktu tu bila saya mengalami alahan  teruk sangat muntah sampai air kosong pun tak boleh masuk...kira indah la tu kan. Setiap  hari pergi kerja asal jam 10pagi je dah tipon husband nak balik perasaan rasa lemas bila kat opis dengan muntah-muntah lagi. Alahan tu berterusan sampai bulan ke 7 sampai kena tahan wad la tapi yang peliknya masa dekat wad tak pulak muntah-muntah magik pulak..hehehe...ehh tu tak magik paling magik dan hairan bila berat badan tiap-tiap minggu naik la pulak pelikkan..

Masuk bulan ke 8 aku pun duduk kampung husband dengan mak mertua sebab dah tak kerjakan masa tu husband still duduk KL. Disebabkan saya tak de pengalaman so kenalah balik kampung apa-apa jadi senang sebab kat sana sekurang-kurangnya ada gak orang boleh bantu..yang sedih jumpa husband 1minggu sekali je...memang pengalaman jugak la tu kan. Pengalaman berpisah sementara ngn husband.

Hahh...cuaknya masa bersalin semakin hampir due date 17/9 tiba-tiba ada tanda darah apa lagi pergi hospital la kan sampai-sampai macam biasa la nurse cek apa semua kan katanya belum lagi ok tak pe tapi still kena tahan wad sebab nak monitor bleeding tu kan..hmm esok dah leh kuar balik umah selang 2 hari sakit bleeding lagi pergi hospital lagi memula dah bukak 4cm sekali nurse tu cek kata dah tutup...itu macam pun boleh ke. 

Ok tak pe balik umah lagi 24/9/2002 jam 5pagi dah rasa sakit keluar masuk toilet ni masa tu tak tahu adakah sakit tu sakit nak bersalin. Duduk tepi katil kebetulan abang ipar baru balik dia nampak saya kluar masuk toilet cepat-cepat dia kejutkan mak & bapak mertua diaorang pun panik tapi aku boleh wat rilek je pulak. Sampai hospital masuk labour room terus. Apa mana husband saya?? la kan dia dekat KL saya bergantung pada mak & bapak mertua je time tu. Pukul 6pagi nurse dah pecahkan air ketuban masuk air ubat untuk paksa bersalin sebab due dah lebih hari kan. Sakit memang sakit la kan tunggu pukul 10pg pun tak rasa baby nak keluar. Tengah-tengah sakit tu boleh pulak nurse tanya husband mana? huarghh nak nangis rasanya dengar soklan dia tu sedih la wei..saya jawap husband kat KL masih keje mgkin petang baru dia datang mak dan bapak mertua yang hantar kat hospital ni..Ooo kata nurse tu pakcik dan makcik tu ke dia dari tadi tunggu kat luar tak berganjak pun dari tadi. Terharunya dengar. 

Jam 2.45 petang bertarung keseorangan tanpa husband disisi bertemankan nurse lahirla baby girl seberat 2.95kg boleh tahan la gak berat tapi halus nya kurus panjangnya babyku nurse siap cakap mak besar anak keciknya. Alhamdulillah lega rasanya. Siap semua urusan kat labour room sebelum ditolak masuk wad saya tanya pada nurse baby saya mana? nurse tu pandang satu sama lain dia cakap nak bagi tahu tak? aku cakap bagitahu apa? anak kat icu lemas sikit tapi jangan risau. Ok aku pun tunggu dengan penuh dengan hati yang berdebar-debar last sekali pukul 4 petang baru dapat peluk baby tak pe la asalkan dia selamat. Jam 7 petang husband tercinta pun sampai terpancar muka kegembiraan dimukanya dan penuh dengan ketenangan. Saya pun suka la kan tapi tanya jugakla kenapa lambat sangat sampai?? dia jawap Ooo tadi berhenti jap rehat slps tol bentung ada pakcik tu tegur nak balik mana dia pun cakap balik Jengka isteri bersalin. Boleh pulak pakcik tu cakap tak pe bawak motor perlahan-lahan isteri tu tentu selamat dah tu bawa slow-slow je. Dia pun wat rilek je la kan bawa motor slow-slow je. Ok la tak kisahla lambat ke cepat asalkan husband sampai gak dengan selamat.

2minggu sahaja dikampung saya minta nak balik KL sebab rasa dah kuat masa tu. Lagipun dah lama sangat tak balik rumah rasa rindu pulak dekat rumah Hehehe..bermula lah perjalanan kami kembali ke KL bersama anak kami dan bermula episod saya kena belajar semua dengan sendiri.

Ok apa jadi lepas tu?? tggu entry saya untuk part 2 ye....

1 comments: