Home » , , , , , , , , , » Cantik Dan Berseri Dengan Mudah

Cantik Dan Berseri Dengan Mudah

Written By Unknown on Monday, December 8, 2014 | 5:00 AM

Cantik?? Apa itu Cantik???



Cantik ni ada bermacam-macam maksud...cantik fizikal, cantik rohani, cantik sikap, cantik yang ayu, cantik yang gorgeous dan macam-macam la...

Nak cantik tak?? mesti la kan...semua orang pun nak cantikkan...nak tahu langkah mudah untuk cantik dan berseri....jom saya ceritakan...
  • Cantik mesti lahir dari dalam. Dalam mana tu?? maknanya jiwa, hati, minda kita mesti cantik...mesti baik...mesti bersih...mesti suci..mesti murni...bila pandai jaga kecantikkan dalaman tu maka terpancarlah kecantikkan yang bersinar secara semulajadi....(la itu je ke...ehhh tu pun salah satu cantik secara mudah tau senang tak keluar duit pun...hehehe....)
  • Setiap pagi bangun sebelum memulakan apa sahaja aktiviti pastikan anda terus bangun dari katil menuju ke bekas air anda...untuk apa?...Ni yang nak bagitau ni...air liur kita setelah bangun dari tidur mempunyai enzim yang cukup baik untuk kesihatan. Jadi minumla air kosong sejurus bangun dari tidur. Ia juga membantu sistem penghadaman kita berjalan dengan lancar dan semua toksin semasa tidur akan dibebaskan sejurus bagun dan minum air kosong tersebut. Orang tua-tua cakap minum air kosong sejurus bangun pagi ni awet muda..tak nak ke??
  • Amalkan minum atau mengambil collagen pada waktu pagi dengan perut yang kosong kerana penyerapan pengambilan collagen amat berhasil pada waktu pagi. Dari pengalaman sendiri juga saya pernah cuba ambil pada waktu malam dan waktu pagi..hasilnya pada waktu malam memang kesan agak lambat dan kesan pengambilan pada waktu pagi semasa perut kosong memang tersangat la berkesan.
  • Mesti rajin cuci muka. Rajin macam mana tu??..jangan la rajin sgt setiap jam nak cuci kan..Pada yang tidak mempunyai masalah pada kulit pada wajah secukupla hanya cuci 2 kali sehari dan pada yang mempunyai masalah tu cuci 3 kali sehari. Kalau muka yang memang berjerawat sangat tu saya suka cuci dengan cara tradisional iaitu cuci muka dengan 'Daun Sirih' kerana daun sirih mengandungi zat antiseptik yang mampu menghentikan jerawat. Dengan merendamkan daun sirih dengan air panas seketika dan meramas daun sirih anda boleh terus mencuci muka dengan air ramasan tadi dan gosok-gosokkan daun-daun sirih tadi perlahan-lahan pada wajah dan biarkan seketika baru cuci. 
  • Hah yang ni saya suka, tapi kena keluar duit sikit la. Makan suplemen secara konsisten. Pengambilan protien yang cukup juga dapat membantu penyerapan suplemen dalam tubuh badan dengan cepat. Pengambilan Vit C juga membantu kulit lebih berseri kerana ia merangsang pembentukan collagen dan pengambilan Vit E membantu mencegah kedutan dan penuaan kulit dengan cepat serta dapat menguatkan sistem imun dan menghalang radikal bebas yang membahayakan tubuh.
Nak cantik dengan HANYA semudah A B C....ya!! hasilnya Cantik dan Berseri, gorgeous gitu...

Protien terbaik = Energizing Soy Protien (ESP) - Shaklee
Vit C terbaik    = Vita C Plus (Sustained Release) - Shaklee
Vit E terbaik    = Vita E Complex - Shaklee












0 comments:

Post a Comment