Home » , , , , » Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga

Written By Unknown on Sunday, December 7, 2014 | 3:53 AM

Nak ikutkan kami jarang beraktiviti di hari minggu ni dekat luar...Emmm maklumla En. Suami saya ni lebih suka duduk rumah katanya nak berehat setelah berpenat lelah bekerja....



Bila time cuti sekolah hujung tahun macam ni anak-anak bosan duduk kat rumah dan disebabkan kesian dekat diorang kami pun bawa jugak la anak-anak keluar berjalan kan...bangun awal pagi semua semangat nak berjalan... apa-apa pun kita pergi sarapan kat Kedai Mamak Ali dulu pekena roti canai. Perut kena isi..minyak kereta pun kena isi....hehehe... Mula-mula hajat nak pergi Taman Tasik Titiwangsa ikut jalan Dataran Merdeka sampai sana perghhh!! gila kau jem!! kami pusing masuk kat lorong Masjid Negara. Tetiba En. Suami nak bergambo la pulak. Sampai dekat Muzium Kesenian Islam bergambo...sampai Muzium polis bergambo..sampai Planetarium bergambo...ehhh bukan kitaorg bergambo En. Suami yang bergambo sorang la....Emmm kesian dekat anak-anak tetiba timbul idea nak pergi Muzium Negara. Ok...bukak google cek harga tiket masuk..Ooo..ok..RM2 je untuk dewasa...Kanak-kanak bawah 12tahun percuma....yuhuuu!!...memang budget sangat pergi sana murah tak pikir banyak kali la terus kedestinasi...Muzium Negara....bayaran parking kereta RM3 tau...sampai Muzium Negara Kami terus beli tiket. Eh tetiba En. Suami nampak orang jual TShirt Silat..emm memang dia belek je la kan Tshirt tu...ok la dia kata nanti keluar balik baru beli. Jalan lagi ehhh nampak persembahan silat la..ok kita berhenti dan tengok sekejap la.....ok la kan not bad ..seronok gak tengok enjoy sekali sekala kan. Selesai je tengok persembahan silat kami pun terus masuk tunjuk tiket kat penjaga tu naik tangga terus ketingkat 1.



Tingkat 1 sebelah kanan kami melihat artifak-artifak sejarah zaman-zaman kegemilangan tanah melayu dahulu. Terdapat banyak tinggalan sejarah yang kita boleh lihat seperti duit syiling lama, pakaian zaman dulu, sejarah Negeri Melaka, Perak, Pahang dan banyak lagi la. Banyak senjata-senjata lama yang digunakan untuk mempertahankan diri pada zaman dahulu dipamerkan juga. Ditingkat 1 sebelah kiri pulak terdapat keranda-keranda yang digunakan pada zaman dahulu. Tulang temulang yang dijumpai didalam gua-gua, kubur-kubur dari kepingan batu dan banyak lagi la kan...





Tingkat 2 sebelah kanan pula kami melihat pakaian-pakaian tradisional, pakaian orang asli, zaman sebelum Merdeka, pakaian tentera jepun, basikal & kubu tentera jepun dan bermacam lagi la. Habis lawatan disebelah kanan kami kesebelah kiri pula dimana terdapat ukiran bangunan kota Afamosa, Model tempat memproses bijih timah, model orang menoreh getah, cara hidup orang sebelum zaman kemerdekaan...seronok la kan sebab memang masing-masing bergambar sakan. Iyela mana tak seronoknya sekali sekala keluar kan itu yang seronok sangat. Ok dengan harga tiket RM2 tu memang sangat-sangat berbaloi la kan banyak cerita-cerita sejarah kita dapat tahu, artifak-artifak sejarah kita boleh lihat dan boleh dikatakan banyak ilmu la kita boleh dapat.

Anak-anak masih tak puas lagi keluar dari Muzium Negara pukul 12.30 masing-masing ajak pergi Planetarium Negara la pulak..memandangkan Mak Ngah, Pak Ngah dan Mak Ndak diaorang dah sampai KL dari Pahang tadi kami bergegas balik rumah. Ok minggu depan kita update entry pergi Planetarium Negara pulak yer....memang pengalaman yang menarik dan berbaloi pada yang nak budget...enjoy sangattt!!! 

0 comments:

Post a Comment